Selasa, 19 Julai 2016

BERCUTI DI DE RHU BEACH RESORT , BALOK KUANTAN PAHANG

Cuti raya kali ini, kami pilih penginapan di Hotel De Rhu Beach Resort pulak..lokasi terletak di Pantai Balok, Kuantan Pahang. kami pergi dalam bulan Julai 2016..resort ni tak susah pun nk cari..memang dekat pantai balok utk orang awam tu..resort dia sebelah je..agak besar gak kawasan resort ni sebenarnya..facilities pun ok utk buat apa-apa jenis kursus dan teambuilding.. swimming pool pun besar..ok tunjuk skit gambar-gambar kawasan resort ni..
 Ni rupa depan resort

 mana yang tak duduk sea view duk la ngadap parking kereta ni
 kawasan parking resort
 lobby




ok tu gambaran sikit kawasan resort ni..kitorang duduk kat bilik super deluxe..dari segi kelengkapan ada peti ais,tv lak utk channel movie (fox movie) dan sukan (fox sport)..air biasa mcm biasa nescafe & teh boh..tapi ada disediakan termos..bilik air ok gak..air kuat puas mandi..tapi xde tab mandi..klu duk bilik mahal lagi ada la kot..hair dryer xde disediakan.,katil dia besar pya..ok tgk skit dalam bilik..kira kalau family yang ada anak kecik 2 3 orang blh muat lg katil tu..

 katil yang besar







ok ni gambaran dalam bilik..swimming pool dia besar dan sesuai la kalau bawak anak-anak..kawasan taman permainan pun ada kalau yang tak nak mandi..

 kat kawasan ni tinggi dia 5 kaki..kalau mana yang takut nak mandi sebab tak berapa tinggi kena la mandi kat hujung-hujung sikit ada kawasan rendah..gambar kat atas ni kawasan lepas dari pelampung tu rendah la sikit dalam 3 kaki..pasal tu kawasan tu ramai sikit orang mandi
 yang gambar kat atas ni hujung tu kawasan ramai mandi tu pun rendah sikit..

ni pulak kawasan mandi kanak-kanak



Ni kawasan taman..tempat duduk yang disediakan pun banyak gak selesa la..untuk makluman kawasan mandi ni resort open kat public..kitorang check in hari ahad..tak sangka gak la bila nk g pool tengok ramai orang..tengok orang pun ramai bawak bag baju..ramai gak la dari luar datang mandi sini..tapi hari sabtu tak bukak untuk public rasanya..

ada tempat untuk bola sepak pantai dan bola tampar..tapi kalau tengok padang pun siap naik rumput dah..padang bola pun sama gak macam ni..sebelah kanan padang bola tampar sebelah kiri padang bola.. gambar kat pantai takde la pulak amik..orang pun tak mandi sangat pantai dia..tengok pantai pun tak berapa bersih, sampah banyak, air laut pun tak menarik sangat,,mandi kolam jela kalau duduk sini..

Tarikan dekat sini pada pool dia..antara pool yang terpanjang yg ada dekat kuantan ni so no wonder la kalau dia buka pada public juga. walaupun ramai tapi pool dia masih boleh tampung. 

coffea house dia memang view pool and beach tapi sayangnya sebab tak ramai yang check in so breakfast kami a la carte je.. so x boleh la nak review pasal buffet dia..tapi blh je nak mintak semua menu yang dia list down kan. tak ada la dia had kan macam experience kitorg dekat hotel lain sebelum ini. 

ok sapa yang nak beli ikan fresh.. hotel ni juga dekat dengan pasar nelayan.. kalau lalu jalan dalam lalu kawasan rumah dan kampung baru la jumpa pasar nelayan ni. tak la jauh sangat dan bukan juga di seberang jalan..

kesimpulannya, Pantai balok tak best dah tak macam masa kecik2 dulu...hahhahahha... 


1 ulasan:

  1. best tempatnya...kolam luas, ada playground.. kesukaan anak2

    BalasPadam