Ahad, 6 Disember 2015

Swiss garden hotel & residences melaka

Nov 2015,

Kali ni kami pergi atas tiket celebrate birthday kami berdua yang beza cuma 2 hari je...nampak x serasinya kitorang...haaaaaaa

Kali ni kami pilih swiss garden resort hotel & residences melaka. Disebabkan ktorg pergi time cuti sekolah so xdapat la nak reserve utk 2 malam dekat hotel. So apa kitorg buat, 1 malam dekat hotel dan 1 malam lagi dekat residences. Yang residences ktorg cita part lain

Hotel yang BEST

Kalau korang check review dari blogger yg pernah pergi sini akan kata process check in yg lambat. Tapi we are so lucky ktorg xda masalah tu. Maybe sebab kitorg check in hari jumaat.

Kalau korang nak g honeymoon tp dlm masa sama blh g shopping tapi x perlu hadap jem, ini lah tempatnye... konsep hotel ni under one roof...bawah hotel ni ada shopping complex The Shore..dlm 1 banggunan je..senangkan..the shore ni ada 3 tingkat, nak makan nak shopping semua blh...dia cover semua tu cuma tak da la besar macam dataran pahlawan.

Lokasi yang strategik sbb kalau nak g pirate's park pun dekat je...jalan kaki sikit je..nak naik cruise pun dekat sbb hotel ni mmg tepi sungai dan berhadapan kampung morten..malam2 mmg cantik la sbb semua rumah kg morten pasang lampu yg buat rumah2 kt situ lg btambah cantik

Pool dia yang paling best gila..mmg itu la modal dia nak tarik org menginap dekat sini.. betul seperti apa yg org ckp pool dia sangat sejuk..rase macam mandi air terjun pun ye.. maybe sebab pool ni dekat tingkat 9 so dgn angin yg kuat mmg sejuk.. 


Ini indoor pool...ada dekat bawah hotel dgn residences


Ini pool yg open..yg bilik berkaca tu gym..so sambil org bersenam sambil korg mandi dekat bawah tu..dia bahagi pada 2 bahagian satu utk budak2 pastu sebelah dia utk org besar..


Ha yg ni side org besar sikit lebih kurg 4 kaki je kot kdalaman dia.

Hotel ni ada 30 tingkat..sky lounge dgn hall ada dkt atas..kalau korg duduk dkt sky lounge dia mng dpt view cantik. 
Ni pic ktorg amik dr residences..mlm2 ktorg mmg best je la lepak buka dr kul 5ptg sampi 2 pg kot


Ok bilik dia mmg seksi beb ko mandi org dkt dlm blh tgk kau...


Tapi ada tirai.. masih blh tutup.hehhe


Siap ada sofa dgn meja kerja..

Hotel yang TAK BEST


Ini jadinya bila kau g suami isteri pastu kau dapat 2 katil super single. Jgn la harap korg nak dpat katil queen ke apa...walaupun ko merayu macam kawan ktorg.

Kalau nak parking baik kau parking dkt ground floor..sbb hotel nye lobby dkt ground floor je...parking dlm banggunan ni sangat worst kalau korang nak ke hotel tower. Bapa kali entah kitorang salah naik lif...korang kna cari lift dia tulis hotel dan lift dia agak tersorok.. dan sepanjang ktorg naik lif banyak kali terserempak dgn org yg akan tanya lif mana nak naik nak g the shore..

Kesimpulan 

Disebabkan pool dia tu mmg terbaik so mmg kitorg akan dtg balik..



Rabu, 16 September 2015

BERCUTI DI SWISS GARDEN DAMAI LAUT

Kisah pada kali ni nak share pasal percutian di hotel SWISS COURT HOLIDAY APARTMENT di damai laut,lumut, percutian ni dapat free voucher dari swiss garden vacation club..sebelum ni diorg panggil untuk promosikan diorg punya membership lps dengar taklimat (dekat 3 jam amik kau)  diorg  bagi free voucher 3H2M..ada 2 lokasi yang boleh dipilih sama ada di damai laut lumut @ cherating. disebabkan bila tya cherating semua full je pilih jela damai laut..asalkan boleh bercuti..ok cukup utk intro start dgn travel...



Ni gambar perjalanan dari simpang nk ke hotel..lokasi hotel ni jauh ke dalam (7km kot)..menghala ke teluk senangin..sign board nk menghala ke sana bayak je..tak susah la nk kesana..tp ktorg ikut akak GPS ikut jela cakap dia...perjalanan  melalui ladang kelapa sawit dan paya bakau.. kalau dari kuala lumpur jarak perjalanan lebih kurang 250KM..


ni pulak bila dah masuk ke dalam kawasan hotel..








bila dah masuk kat pintu pagar dia bukan terus sampai ke hotel @ apartment dia..kena lalu padang golf dulu baru sampai ke hotel..ktorg menginap di apartment je..check in tempat tak sama..hotel lagi banyak facilities dan dekat dengan pantai.ok ni gambar loby  utk apartment ok..klu hotel lain..tengok betul2 sign board dia..ada gak yang silap nk check in hotel tapi dtg kat sini..

APARTMENT




ni la lebih rupa apartment dia..



ok next gambar bilik pulak..kami punya bilik 1 bedroom apartment kat blok D..blok hujung..nk g swimming pool pun kena naik keta..klu boleh request la blok A,B@C dekat sikit.






apartment takde katil queen katanya..semua 2 katil single..ada bath tub so boleh la nk berendam..peti ais pun bukan yang mini punya..peralatan memasak & dapur pun ada..boleh je kalau nk masak..sini memang ada lalat so x yah la bukak tingkap atau pintu..mmg hotel ada mention psl lalat dan diorg sediakan ini..
ada pelekat lalat ok (hotel lain pun xbg ni)..tengok buku astro tu nk cita psl channel dia la..yang dia ada fox movie,fox sport,disney..yg lain biasa la tv1,2,3,7,8,9..kat apartment facilities yang ada swimming pool,ping pong, , tempat BBQ,sauna,padang kecik & taman permainan...ni recreation centre dia..

nak main ping pong pun boleh amik kat sini (ktorg main 3 kali) .patutnya kena bagi deposit, tapi dia tgk muka ktorang ada manis itu senyum trus dia kata 'xpayah la abg, nanti pulangkan je dekat sini balik'..pool dia besar & dalam..1.4m..mana yang rasa tak berapa tinggi tu hati-hati la ye..x pun mandi jela kat tempat budak tu..ok tengok gambar lak..





tiang gol kecik tu pun ada..bawak la bola kalau ada geng nk main..rasanya kat recreation club pun ada bola tp tak tya lak pasal tu kena deposit ke apa..waktu operasi sampai pukul 7.30..

MAKAN
sebelum datang sini, kitorg dah beli siap2 voucher untuk breakfast. promotion RM53 utk 3adult +1Child (boleh jugak kalau 2adult + 2 Child).Beli terus untuk 2 hari so bab breakfast dah setel.. sini makan agak jauh nak cari..kena pergi sampai area Aeon manjung atau lumut port baru ada kot.


APA YANG ADA

 kat blkg tu ada tempat nk lepak2 tgk pantai..buaian yg gantung tu pun ada kat belah pokok-pokok blkg tu
Ni jadual aktiviti..ada kat loby hotel dia

 ni pulak map kwsn hotel

Ok bab aktiviti sebenarnya banyak boleh buat kat sini..tak bosan la..harga pun berpatutan gak..nk g pangkor @ snorkeling dengan diorg ni pun boleh..bagi tau je kat..sediakan duit jela nk buat aktiviti kat sini..nk nature walk pun boleh..bwk je kasut pe suma..ni suma area hotel dia..ada watersport center..so pape korg deal kat sini..turun kat area pantai..ada ATV,archery,kayak,banana boat,jet ski,naik kuda,bola tampar bwk bola sendiri tempat ada dah..kitorg main archery n kayak kat sini..mandi pantai boleh pool pun boleh..besar gak sini pya pool..sejuk lak tu air dia..best la klu mandi kat pool dia..ok rasanya sampai sini je info untuk korang yang plan nk datang sini.

Dengan ini kitorang bagi untuk semua aktiviti dia.