Rabu, 16 September 2015

BERCUTI DI SWISS GARDEN DAMAI LAUT

Kisah pada kali ni nak share pasal percutian di hotel SWISS COURT HOLIDAY APARTMENT di damai laut,lumut, percutian ni dapat free voucher dari swiss garden vacation club..sebelum ni diorg panggil untuk promosikan diorg punya membership lps dengar taklimat (dekat 3 jam amik kau)  diorg  bagi free voucher 3H2M..ada 2 lokasi yang boleh dipilih sama ada di damai laut lumut @ cherating. disebabkan bila tya cherating semua full je pilih jela damai laut..asalkan boleh bercuti..ok cukup utk intro start dgn travel...



Ni gambar perjalanan dari simpang nk ke hotel..lokasi hotel ni jauh ke dalam (7km kot)..menghala ke teluk senangin..sign board nk menghala ke sana bayak je..tak susah la nk kesana..tp ktorg ikut akak GPS ikut jela cakap dia...perjalanan  melalui ladang kelapa sawit dan paya bakau.. kalau dari kuala lumpur jarak perjalanan lebih kurang 250KM..


ni pulak bila dah masuk ke dalam kawasan hotel..








bila dah masuk kat pintu pagar dia bukan terus sampai ke hotel @ apartment dia..kena lalu padang golf dulu baru sampai ke hotel..ktorg menginap di apartment je..check in tempat tak sama..hotel lagi banyak facilities dan dekat dengan pantai.ok ni gambar loby  utk apartment ok..klu hotel lain..tengok betul2 sign board dia..ada gak yang silap nk check in hotel tapi dtg kat sini..

APARTMENT




ni la lebih rupa apartment dia..



ok next gambar bilik pulak..kami punya bilik 1 bedroom apartment kat blok D..blok hujung..nk g swimming pool pun kena naik keta..klu boleh request la blok A,B@C dekat sikit.






apartment takde katil queen katanya..semua 2 katil single..ada bath tub so boleh la nk berendam..peti ais pun bukan yang mini punya..peralatan memasak & dapur pun ada..boleh je kalau nk masak..sini memang ada lalat so x yah la bukak tingkap atau pintu..mmg hotel ada mention psl lalat dan diorg sediakan ini..
ada pelekat lalat ok (hotel lain pun xbg ni)..tengok buku astro tu nk cita psl channel dia la..yang dia ada fox movie,fox sport,disney..yg lain biasa la tv1,2,3,7,8,9..kat apartment facilities yang ada swimming pool,ping pong, , tempat BBQ,sauna,padang kecik & taman permainan...ni recreation centre dia..

nak main ping pong pun boleh amik kat sini (ktorg main 3 kali) .patutnya kena bagi deposit, tapi dia tgk muka ktorang ada manis itu senyum trus dia kata 'xpayah la abg, nanti pulangkan je dekat sini balik'..pool dia besar & dalam..1.4m..mana yang rasa tak berapa tinggi tu hati-hati la ye..x pun mandi jela kat tempat budak tu..ok tengok gambar lak..





tiang gol kecik tu pun ada..bawak la bola kalau ada geng nk main..rasanya kat recreation club pun ada bola tp tak tya lak pasal tu kena deposit ke apa..waktu operasi sampai pukul 7.30..

MAKAN
sebelum datang sini, kitorg dah beli siap2 voucher untuk breakfast. promotion RM53 utk 3adult +1Child (boleh jugak kalau 2adult + 2 Child).Beli terus untuk 2 hari so bab breakfast dah setel.. sini makan agak jauh nak cari..kena pergi sampai area Aeon manjung atau lumut port baru ada kot.


APA YANG ADA

 kat blkg tu ada tempat nk lepak2 tgk pantai..buaian yg gantung tu pun ada kat belah pokok-pokok blkg tu
Ni jadual aktiviti..ada kat loby hotel dia

 ni pulak map kwsn hotel

Ok bab aktiviti sebenarnya banyak boleh buat kat sini..tak bosan la..harga pun berpatutan gak..nk g pangkor @ snorkeling dengan diorg ni pun boleh..bagi tau je kat..sediakan duit jela nk buat aktiviti kat sini..nk nature walk pun boleh..bwk je kasut pe suma..ni suma area hotel dia..ada watersport center..so pape korg deal kat sini..turun kat area pantai..ada ATV,archery,kayak,banana boat,jet ski,naik kuda,bola tampar bwk bola sendiri tempat ada dah..kitorg main archery n kayak kat sini..mandi pantai boleh pool pun boleh..besar gak sini pya pool..sejuk lak tu air dia..best la klu mandi kat pool dia..ok rasanya sampai sini je info untuk korang yang plan nk datang sini.

Dengan ini kitorang bagi untuk semua aktiviti dia.